Cari Blog Ini

Isnin, 17 Oktober 2011

MINGGU KEDUA KELAS KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

Assalamualaikum w.t.b.....
Pada minggu ini,saya telah mempelajari langkah untuk menbuat perbezaan yahoo mail dengan yahoo group, cara-cara menulis blog,cara menggunakan google docs dan mencari apa,kenapa,dimana,siapa dan bagaimana tentang course/learning management system.Disini juga saya dikehendaki mencari senarai kelebihan c/lms.
PERBEZAAN YAHOO MAIL DENGAN YAHOO GROUP
 Apa yang saya faham tentang yahoo mail  adalah salah satu laman web untuk menghantar email kepada orang lain ,untuk menghantar email tersebut,anda perlu mengetahui alamat laman web yang ingin dihantar  dan terus hantar perkara yang ingin ditanya atau perkara-perkara lain.Manakala yahoo group pula adalah salah satu laman web untuk berkongsi maklumat pembelajaran dengan rakan kita,disitu kita dapat berkongsi pendapat atau topik yang ingin dibincangkan.Ini adalah salah satu contoh yahoo mail dengan yahoo group.


CARA MENGGUNAKAN GOOGLE DOCS.
Apa tang saya faham tentang google docs ini ialah,salah satu laman web untuk menyimpan maklumat-maklumat yang penting yang diperolehi menerusi laman web.Cara menggunakan google docs,
1)klik laman web google docs
2)sila pilih create,masuk dan pilih dokument 
3)tulis perkara yang penting atau perkara yang berkaitan dengan pembelajaran,disitu segala maklumat yang disimpan adalah selamat dan terjamin
4)setelah selesai paparkan diluar google docs.Ini adalah contoh google docs.
 
 
COURSE/LEARNING MANAGEMENT SYSTEM
Apa yang saya faham tentang c/lms adalah salah satu aplikasi untuk pentdbiran,pendokumentasian,perjalanan dan pemberitahuan tentang latihan program,bilik kuliah dan kandungan latihan.
Minggu kali ini,telah banyak kami pelajari berkenaan IT masa  kini kerana tugasan yang diberikan bnyak berkenaan dengan komunikasi alam maya berikutan ianya lebih mudah,cepat dan tidak memerlukan kos untuk berkomunikasi.Jikalau menggunakan teknologi lain seperti sistem pesanan ringkas (SMS) atau perkhidmatan panggilan,ianya sangat berbeza berikutan penggunaan komunikasi melalui internet lebih banyak kelebihan contohnya dapat menjimatkan masa komunikasi antara pihak lain,komunikasi boleh dilakukan secara perbincangan dalam kumpulan,maklumat yang di ambil daripada internet boleh dihantar kepada sesiapa sahaja dan banyak lagi kelebihan yang lain.
Disini saya akan tunjuk bagaimana cara-cara menggunakan google docs,pertama skali,masuk laman web google docs,isi alamat gmail dan pasword,pergi dekat create dan masuk ambil document dan tulis apa yang hendak ditulis dan simpan dokumen yang ditulis.
Pada minggu kedua ini hanya perkara ini sahaja yang saya dapat kongsikan.Sekian.

Isnin, 10 Oktober 2011

minggu pertama dalam kelas komputer dalam pendidikan

MINGGU PERTAMA DALAM KELAS KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN.

Assalamualaikum, Saya Mohamad Rusydi,kelas s1k1 komputer dalam pendidikan.
Disini saya mendapati banyak perkara yang saya perlu tahu untuk memajukan diri saya dalam kelas komputer ini.Saya dikehendaki membuat mengisi akaun yahoo, signature e-mail yang mengandungi alamat e-mail yahoo,facebook,blog,yahoo group,gmail dan facebook group.Untuk membuat yahoo akaun ,langkah-langkahnya ialah:
1)anda dikehendaki  akaun yahoo terlebih dahulu,
2)isi semua maklumat peribadi dan data-data yang diperlukan dalam akaun yahoo.
3)ini adalah contoh akaun yahoo:
3)setelah selesai mengisi semua maklumat didalam  akaun yahoo,barulah anda boleh membuka yahoo anda sendiri.

Langkah yang kedua(membuat google mail)
1)buka laman web google mail,
2)isi akaun google  masukkan segala maklumat yang terdapat dalam pada akaun google mail
  ini adalah contoh akaun gmail:
 Langkah membuat signiture
1)Setelah kedua-keduanya siap,anda perlu menghantar signiture kepada Dr.Siti Fatimah dan penyelaras iaitu
   Pn.Norsakinah.
Ini adalah salah satu contoh signiture:
                                                    
Pada minggu pertama ini juga kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil seramai dua atau tiga orang.Pembahagian kumpulan ini dibimbing oleh pensyarah yang mengendalikan kelas tersebut.Saya telah dimasukkan ke dalam kumpulan lapan bersama-sama Rushdan.Dengan adanya kumpulan tersebut kami dapat berkongsi maklumat perbincangan melalui yahoo group atau facebook group.Hal ini memberi kami rangsangan untuk berkerja secara individu atau kumpulan,dengan adanya kumpulan ini kami juga dapat mengeratkan lagi sillaturahim sesama kami.

Oleh itu,saya berharap dengan adanya kelas komputer dalam pendidikan ini dapat memajukan diri saya dalam bidang teknologi ini.Saya dengan sedaya upaya akan belajar kemahiran menggunakan komputer ini agar menjadi sebagai batu loncatan kepada saya untuk bergelar sebagai seorang guru yang profesional.Sekian.